Friday, 11 March 2016

Umpama Mimpi

Assalammualaikum dan hai ? ^^
Okay entry kali ni bagaikan mimpi..haha aku nak share something yang seriously buat semangat aku kembali membara dan membakar dan mengeluarkan asap dan .... Ahhh okay actually lepas je aku dan mel keluar daripada gelanggang squash.. kami duduk bersebelahan tetapi tidak lah terlalu rapat. barangkali mungkin aku yang terlalu segan utk duduk rapat dengan orang yang hmm hebat ni.. First soalan yang keluar apabila mel bertanya,
"awak,tak nak main dengan diorang ke ?
Pergilah main dengan mereka mana tahu mereka ajar awak dan diorang pun masuk pertandingan squash. so awak boleh biasakan diri nanti bila main masa game nanti.. takdelah awak nanti takut sangat.
"

Aku menjawab,
"hmm bukan saya tak nak tapi serius saya sangat takut apabila bermain dengan mereka yelah saya budak baru belajar.. mana pandai
"

"
Awak, jangan takut.. dalam hidup,kita kena hadap apa2 pun cabaran yang ada di hadapan kita.
Allah tahu kita boleh. awak janganlah takut.
Gy main dengan diorang.
"

Aku tak berganjak malahan aku memandang dia dengan penuh harapan agar dia memahami situasi aku yang sedang menggigil ketakutan ni.. haha

"mel,saya sebenarnya takut sangat bila berhadapan dengan org2 yg hebat ni

"

"
Awak,tak boleh macam ni.
Awak kena kuat.
Saya pun masih takut setiap kali nak berhadapan dengan pihak lawan.
Samalah juga bila kita ni dah bertahun-tahun jawab exam tapi still takut..
Nak tak nak,mestilah hadap juga dengan cabaran ni..
Allah knows the best
"

Then dia cakap lagi,
"awak jangan anggap saya ni hebat sangat.
Saya ni takde apa2 pun.. awak tanyalah syafiq tu..dia baik,kuat agama..haaa cuba tanya macamne dia blh 4 flat.
"
then dia senyum kat aku. hmm,
"
Mel,awak ni selalu tidur pukul berapa
? dan bangun pukul berapa
?
"
hahaha ,
"saya pukul 12 malam mesti tidur dan kalau bangun..haha roomate saya sahaja yg tahum saya bukan jenis yang study pagi..
Saya dah cuba tapi kebanyakan nya saya tidur atad meja..haaa baik saya tidur terus atas katil
"
ketawa kecil..
Kata-kata yang dilontarkan nya membuatkan aku rasa ada kebenarannya juga..

Lain orang lain caranya kan.
Aku terus berterus terang dengan mel sambil memerhatikan gerak geri dua orang pelajar perempuan yang sedang bermain squash.

"
Mel,saya sebenarnya dah give up tau. sebabtu saya habiskan masa saya 6 jam sehari main squash.
Sebab apa
? sebab saya tak dapat peluang nak amik kos kedoktoran gara-gara subjek kimia saya dapat
C waktu spm dulu..
"

Mel menggelabah.
"
Awak, jangan lah macamtu..
Rezeki ada dimana-mana awak.
Allah tahu yang terbaik untuk awak.
Mana lah tahu kalau awak amik kos doktor tu,awak tak mampu nak bawak.. dan hmm awak nak amik course apa nanti kat u
?
"
aku jujur dengan menjawab ingin mengambil kos dietatik di
Universiti
Kebangsaan
Malaysia.

Riak wajahnya berubah.
"awak, baguslah tu dietatik.
Awak masih boleh jadi pakar dietatik..haa sambung master,phd.. awak, beruntunglah awak dapat mohon kos apa2 yg awak nak kecuali apa yg awak harapkan.
Sebab kawan2 saya,diorang yang pointer below 3.00 tak tahu nak jd apa,nak sambung degree kat mana walaupun result spm mereka gempak
Kesimpulanya awak, apa pun yang kita dapat, kita mesti
Work harf on it.
You not know about the future.
So,from now you mest work hard and get what you want.
"Mel,terima kasih :') ".
"hahaha,okay awak.jangan give up tauu.. dan tolonglah jangan compare diri awak dengan orang lain.okay good luck and all the best ;)


Alhamdulillah kata-kata semangat yang mel bagi tu betul-betul buat aku rasa sebak dan tersedar daripada fikiran fikiran negatif yang tak masuk akal yang selama ni aku fikirkan. Korang nak tahu tak apa jadi lepastu ? haaaa tapi hmm sedih sikit ending nya.. Tarikh 9 mac 2016 tarikh aku balik bermalam.Seriously aku balik bermalam sebab nak amik hp baru sbb hp lama aku dh rosak dan nak uruskan permohonan universiti adik aku. Dan bila aku dah balik iaitu hari ni 10 mac 2016, dia cakap pertandingan dah start sejak pagi tadi..Alahai broken heart nya..serius lah rasa nak menangis kuat2.. aku berlatih 6 jam sehari kott homework semua aku tinggalkan .. dan bila aku citer kat Mel, dia cakap sabarlah kat uni nanti boleh main lagi..hmm dan aku minta maaf sgt2 kat dia sbb aku minta dia ajar squash semata-mara nak masuk pertandingan squash tu .Dia cakap takde apa.. Allah tahu yang terbaik untuk aku.memanglah mulanya aku tak faham,bila dah lama2 muhasabah diri balik, hmm aku tak cukup ready lagi tu.. tengoklah nanti..aku akan main squash lagi kat UNIVERSITI nanti..HAHAHA .. hishh mira ni..

okay sampai di sini sahaja kisah aku dan squash.. haha moga nanti aku akan buka kembali kisah ini di universiti nanti insyaAllah.. SALAM KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT buat semuaa...









A A
A a 


Friday, 4 March 2016

Squash

Alhamdulillah.. Hari ni aku dapat berguru dengan idola aku.. Hmm i mean aku mcm salute ah kat dia sebab dia dahlah tokoh pelajar, sigma dlm permainan squash pulak tu.. Huishh hebat.. Haha
Mulanya aku memang tak kenal dia.. Yelah,aku ni manalah pandai macam dia.. Nak kawan dengan dia tu ibarat langit dengan bumi.. Haha cuma tu lah sejak aku masuk pertandingan Squash ni, hari hari berlatih dan minta tolong kat idola aku ni.. Namanya Amelinda.. Masa mula2 jumpa tu,serius lah seram sejuk dibuatnya tapi nak belajar main squash kena lah hadap jugak..
Okay,first thing yang dia mintak aku buat, berdiri depan dia dan dia dari belakang akan smash bola squash tu dan aku kena balas tapi pantulan tu mestilah kat tempat yg aku berada iaitu di sebelah kiri.. Pertama kali hingga entah ke berapa kali, serius bola tak pantul kat tpt aku.. Pantul ke sebelah kanan.. Perghh aku dh set dlm mind jgn lah bola ke kanan,tapi dia pergi jugak. Lepastu,mel jumpa aku.. "Awak,nak kemaskan pukulan bola tu bukan amik masa sehari atau seminggu. Amik masa yg lama dan latihan yang consistent."
Aku mengangguk dan berharap aku dapat menguasai teknik pukulan bola tu dengan kemas. Walhal, bermain squash pun belum pernah,berharap dapat bermain dengan baik.. Ish ish ish..
Latihan diteruskan dengan teknik "back hand".. Aku paling payah bab ni yelah dia cakap utk yg first learner macam aku ni. Dan dia cakap itulah yang paling susah org buat dan catch up. Sebab katanya tahap aku ni sama mcm yg lain.. Haha tapi akurasa akulah yg tahap paling rendah.. Yelah,aku baru main terus masuk pertandingan squash peringkat matrikulasi.. Hahaha dan cara dia ajar aku teknik "back hand" tu seolah-olah aku tiada di situ. Yelah,diajar beberapa kali pun tak boleh catch up. Aku berlatih dan teruskan berlatih. Sampaikan tangan aku bengkak..hmm bila dia tunjuk beberapa kali, serius nampak memang senang tapi bila buat.. Allah sahaja yang tahu.. Bola asyik tak naik ke atas je. Tapi yg dia ajar back hand,kaki kanan yang keluar dan raket dari belakang smooth pukul tepat ke dinding.. Okay amira, you not get it :'(

Then,datang lah dua org budak perempuan ni.. Mel kenal katanya.. Dia pun tegur dn bertanya kepada diorg sama ada nak main sekali ke sbb saya ada nak buat kerja sikit. Aku hanya diam, mungkin dia segan barangkali utk berkata yg dia sedang train aku. Haha takpe.. Lepastu,kami memandang sesama sendiri.. Sebenarnya ada dua gelanggang squash ni tapi lagi satu dh dibuat latihan dikir barat..pergh memekak je enn..hahaha yelah org lain nak main squash pun tak dpt.. Utk mengelakkan pergaduhan,mel kata kita tiada hak untuk menghalau dan menegur mereka semata-mata untuk kita buat latihan squash.. Kat cermin semua mana ada bagi syarat kan .. So,diam lebih baik :)
Ayat dia buat aku sedar yang tak semua benda yang aku rasa betul akan betul .. Hmm
Nak tauu selanjutnya ? Hahah jap tunggu entry akan datang..hehe okay bye
Dan thankz Mel :')

Friday, 12 February 2016

Ada Beri Dapat

Prof dr Muhaya
Mencari redha Allah

Hmm dr kata org yg mempunyai hasad dengki adalah susah melihat orang senang dan senang melihat orang susah.. Biarlah kita menjadi bahagia melihat orang bahagia dan berdoa semoga kita mendpt kebahgiaan tersebut..
Nak tahu kita punya sabar,tgk pada perrmulaan ujian tu..

Sibuk membersihkan muka tapi tak membersihkan hati.. Sibuk cari barang kemas tapi tak memperkemaskan diri..

Ilmu ikhlas.. Ilmu yakin..kalau kita ikhlas,kita sgt bebas drpd makhluk.. Org tak puji pun takpe..tak penat.. Org ikhlas bekerja adalah ladang dia dpt pahala..ikhlas pd Allah.. Kerja bagus..dpt naik pangkat..
Gaji kita seribu tapi kerja mcm 2 ribu..insyaAllah kita dpt 2 ribu dlm bentuk lain..
Jangan judges org..kalau kawan kita mcmtu,kita jgn tanya dia dpt ke redha Allah .. syaitan suka manusia ni was was dn putus asa..ketenangan itu sbb adanya Allah dlm hati..kita akn bahagia..suka senyum..kita lemah lembut,faham pd Agama,baik dgn semua org..
Ciri2 orang yang inginkan keredhaan Allah.. sifat bertawadduk,rendah hati..tak pandang remeh pd org .. Semua org lagi baik dprd dia..org yang hebat ialah orang yang buat org lain rasa hebat..
Tak sombong..sgt mudah berurusan..
Sgt approachable..muhasabah diri jgn bagi org takut dgn kita disebabkan diri kita yang terlalu sombong..
ingat Formula ringkas ni
  Peristiwa + respon = hasil di dunia dan akhirat

Mesti minta keberkatan waktu dn ketenangan jiwa..
Memujuk hati..
Kalau kita yakin,seluruh makhluk dlm gengaman Allah.. Hidup kita , bersamaan dgn kualiti hati..emosi kita bergantung pd fokus . Fokus positif,hidup positif..setiap kali negatif,positifkan..respon itu jawapan..

Kita tak blh kawal ujian tp kita blh kawal jawapan..
Org yg bermasalah byk masalah..org yg bijak adalah org yg byk mencari peluang..
Macamne nk cari redha Allah ? Semuanya bermula dgn NIAT.. Org yg tertekan adalah org yg byk fikir drpd zikir..kita ni blh bangun pagi bangun tahajjud dan sebgainya sebab Allah izinkan..prisnsip kehidupan..fikir baik,rasa baik,dapat baik..ingat "ada,beri,dapat.."
Betulkan diri kita..fokus kita cari redha Allah..tak blh kawal apa yg kita nak dpt..kita nak dapat redha Allah dgn melakukan semua aktiviti sbg ibadah..bebas drpd penghargaan manusia..
Dalam hidup ni kita ada Motivasi dalaman dan Motivasi luaran..motivasi luaran ( nk cantik,nk kaya,nk terkenal.. Penat kan.. ) motivasi dalaman(personal goal..ingin beri perkhidmatan  dn meningkatkan kualiti dn ilmu dalam diri..kita ingin beri manafaat dn menjadi professional dalam diri kita..
Step nak dapat redha Allah :
1.perbaiki diri akhlak,lembut akidah mantap
2.baiki hubungan silaturrahim..jaga maafkan semua org..
3.jadikan org yg bermanfaat tentukan manafaat..
knp stress cakap dpn org ? Sbb kita harapkan perhargaan org..
Pahala kita adalah mata wang hidup kita..kualiti hidup kita adalah kualiti kita dgn Allah..
Kesedaran pembersihan jiwa wajib dilakukan..sebelum nk tidur,tulis 3 perkarayang kita bersyukur dalam hidup ni...Guna teknik ni setiap hari ..bila kita bersyukur,hormon kita akn berbeza..Emosi kita juga akan berbeza menjadi lebih positif .. org yg tenang,energy dia sgt smooth..
Bila kita minta maaf dn ampunkan org..jauh drpd benci,dengki org.. Jaga apa yg kita cakap pd diri kita,kita blh dan mampu jd org yg berbeza setiap hari..minta pada Allah setiap hari agar dapat hati yg baru..kedua,energy yang kita ada gunakan untuk perkara yang bermanafaat..ketiga,apa manafaat yg kita beri pd hari ni...

Cuba pejam mata,baca al fatihah dn sebarkan kpd org lain..duduk diam dlm 10 minit.. Ada beri dapat.. So kalau kita takde kasih syg,kita takde syukur..jiwa yg baik adalah org yg suka buat baik..syaitan sentiasa lihat kita dan mencari strategi utk jatuhkan kita.. Istighfar.. Istighfar.. Istighfar setiap kali ter atau nak buat perkara jahat.. Ingat, kualiti solat menentukan kualiti hidup kita..
Moga moga allah sentiasa meredhai hidup kita.. Amin :) 
Sekian untuk motivasi diri ini dan kalau yang membaca post kali ni.. haha hasil dapat menonton rancangan 
Tanyalah 
Ustazah oleh Prof Dr Muhaya yang memberi inspirasi untuk aku menjadi seorang Doktor mata paling kurang pun jadi Optometrist pun jadilah..haha 
Semoga bermanfaat ..

Thursday, 11 February 2016

Aku Redha ...

   Assalammualaikum..knock knock knock.. Hehe okay jam menunjukkan pukul 1.56 am hari jumaat..

   Baru selesai isi upu untuk diri sendiri dan adik kesayangan aku,idham.. Penat dan letih err maksud yang sama sebenarnya.. Sebab pilihan ada 12, tapi nak yang kita harapkan hmm rasanya kurang yakin.. Fikir punya fikir akhirnya aku redha dengan pilihan pertama meletakkan course perubatan di Unimas sebagai pilihan pertama.. Walaupun aku ada peluang keemasan jika aku meletakkan course optometri di UKM sbg pilihan pertama,terus akan di temuduga.. Hmm

   Impian dan cita-cita aku memang nak menjadi seorang doktor dan semoga dengan harapan ni,aku berharap dapat membantu orang lain yang berada dalam kesakitan sembuh semula dan boleh hidup gembira serta beribadat kepada Allah dengan sempurna.. Amin.. doakan lah aku...haha insyaAllah .. Tetapi jika Allah takdirkan aku untuk dapat course yang aku tak minat, moga moga dengan course tu,aku still dapat berkhidmat dan berbakti kepada agama,bangsa dan negara.. InsyaAllah ..

Okay,cuma peperangan belum tamat ni.. Fuhhh,ada exam final ni.. Hmm semester 2 ni mencabar sikit.. Dengan subjek bi nya,kemahiran dinamika nya,silibus baru dalam setiap subjek yg aku amik iaitu biology,kimia,fizik dan maths... Cabaran ni.. Kalau takde cabaran, hidup tak terasa best en..haha aku tahu.. Aku ada pendorong yg sentiasa menolak aku ke hadapan supaya tidak jatuh duduk di bawah tempurung katak haha iaitu family aku.. Papa mama aku yang selalu hantar voice note whatsapp ingatkan itu ini,solat,baca al quran,tenangkan diri,selalu sukan.. Alhamdulillah takdelah aku homesick menangis je..kakak2,abang dn adik2 yg selalu menyakat tapi tak lupa memberi kata2 pendorong supaya tidak mudah mengalah.. Alhamdulillah..

   Perkara pertama yang aku selalu kena pesan kat diri sendiri ni adalah selalu letak kebergantungan kepada Allah dan bukan pada manusia.. Rezeki yang kita tak jangka , yang kita dapat, yang kita minta bukannya manusia yang bagi..Allah yang bagi..Nak menangis melalak tak dapat itu ni bkn nya boleh dapat apa yang kita nak.. Ye dokk ? Haaaa jadi kena selalu ingatlah.. Ingat dan JANGAN LUPA DIRI.. Ishh amar kenapa capital letter..haaa sbb aku takut lupa diri..huhu

Sekian salam study and strive harder buat kawan2 yang berdepan dgn final exam ni.. InsyaAllah WE CAN DO IT !!! FIGHTING !!!

Semangat itu perlu yeee..haha okay cau dulu.. Assalammualaikum :)

Pertama kali

   Assalammualaikum ...


   Hmm hai ? okay takpe sombong..Actually,aku orang baru..Eh baru start dah cakap aku kan.. Haha jap tukar balik.. Sebenarnya saya hehe just nak cakap yang saya memang excited dapat tulis kat blog ni.. Haha kenapa pelik ? -.-
Yelah selalu tulis kat diary buku je..Haha tak mampu nak ada laptop sendiri.. Takpe, belum masanya rezeki itu untuk saya.. Allah rancang yang terbaik untuk saya.. Percaya itu :) 

   Okay so what's the point tulis entry kali ni ? Haaa sebenarnya nak perkenalkan diri dulu je sebelum tulis macam macam kat blog ni.. Dan sebenarnya saya ni jenis yang suka pada emoji.. Kalaulah ada emoji, for sure setiap baris ayat ada emoji senyum,marah,ketawa,irritating,annoying dan sebagainya lah.. Haha 
*Orang yang selalu mesej dengan saya je tahu.. hehe

   Okay nama diberi Siti Amira Binti Sujali.. Umur ahaha sensitif..hehe takdelah umur saya 18 tahun lagi tahun 2015..Sekarang 2016 pepandailah korang tambah tolak darab bahagi.. Masih belajar dan belum berkahwin ( InsyaAllah coming soon hehe ) . Belajar di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.. Budak pure sains yang cintakan kesusasteraan melayu.. *acah je
Mempunyai sebuah keluarga yang sangat besar dan terasa macam ada satu pasukan bola sepak hehe iaitu 12 adik beradik termasuk saya dan saya merupakan anak yg 
ke-9.. Sayang sangat family ni sebab diorang, saya menjadi hmm jadi bahagia dan bersyukur dilahirkan dalam family yang tersangatlah kelakar dan sentiasa membantu saya..

  Hmm saya tahu saya ni annoying tapi haha itulah saya.. Ramai orang dah menyampah sebenarnya tapi saya redha ajelah.. Dah itu saya, takkanlah nak ubah demi kepentingan orang lain.. Ikut cara kita sudahlah.. Kan hehe
Okay dah tu je lah.. Saya bukan special mana pun.. Kalau nak tahu lebih,nanti spam folder je.. ahaha..


     So..jumpa lagi insyaAllah ada masa saya akan update lah..haha budak baru nak belajar..Moga moga pertemuan kita bukanlah yang pertama dan yang terakhir.. :)
Assalammualaikum..