Friday 4 March 2016

Squash

Alhamdulillah.. Hari ni aku dapat berguru dengan idola aku.. Hmm i mean aku mcm salute ah kat dia sebab dia dahlah tokoh pelajar, sigma dlm permainan squash pulak tu.. Huishh hebat.. Haha
Mulanya aku memang tak kenal dia.. Yelah,aku ni manalah pandai macam dia.. Nak kawan dengan dia tu ibarat langit dengan bumi.. Haha cuma tu lah sejak aku masuk pertandingan Squash ni, hari hari berlatih dan minta tolong kat idola aku ni.. Namanya Amelinda.. Masa mula2 jumpa tu,serius lah seram sejuk dibuatnya tapi nak belajar main squash kena lah hadap jugak..
Okay,first thing yang dia mintak aku buat, berdiri depan dia dan dia dari belakang akan smash bola squash tu dan aku kena balas tapi pantulan tu mestilah kat tempat yg aku berada iaitu di sebelah kiri.. Pertama kali hingga entah ke berapa kali, serius bola tak pantul kat tpt aku.. Pantul ke sebelah kanan.. Perghh aku dh set dlm mind jgn lah bola ke kanan,tapi dia pergi jugak. Lepastu,mel jumpa aku.. "Awak,nak kemaskan pukulan bola tu bukan amik masa sehari atau seminggu. Amik masa yg lama dan latihan yang consistent."
Aku mengangguk dan berharap aku dapat menguasai teknik pukulan bola tu dengan kemas. Walhal, bermain squash pun belum pernah,berharap dapat bermain dengan baik.. Ish ish ish..
Latihan diteruskan dengan teknik "back hand".. Aku paling payah bab ni yelah dia cakap utk yg first learner macam aku ni. Dan dia cakap itulah yang paling susah org buat dan catch up. Sebab katanya tahap aku ni sama mcm yg lain.. Haha tapi akurasa akulah yg tahap paling rendah.. Yelah,aku baru main terus masuk pertandingan squash peringkat matrikulasi.. Hahaha dan cara dia ajar aku teknik "back hand" tu seolah-olah aku tiada di situ. Yelah,diajar beberapa kali pun tak boleh catch up. Aku berlatih dan teruskan berlatih. Sampaikan tangan aku bengkak..hmm bila dia tunjuk beberapa kali, serius nampak memang senang tapi bila buat.. Allah sahaja yang tahu.. Bola asyik tak naik ke atas je. Tapi yg dia ajar back hand,kaki kanan yang keluar dan raket dari belakang smooth pukul tepat ke dinding.. Okay amira, you not get it :'(

Then,datang lah dua org budak perempuan ni.. Mel kenal katanya.. Dia pun tegur dn bertanya kepada diorg sama ada nak main sekali ke sbb saya ada nak buat kerja sikit. Aku hanya diam, mungkin dia segan barangkali utk berkata yg dia sedang train aku. Haha takpe.. Lepastu,kami memandang sesama sendiri.. Sebenarnya ada dua gelanggang squash ni tapi lagi satu dh dibuat latihan dikir barat..pergh memekak je enn..hahaha yelah org lain nak main squash pun tak dpt.. Utk mengelakkan pergaduhan,mel kata kita tiada hak untuk menghalau dan menegur mereka semata-mata untuk kita buat latihan squash.. Kat cermin semua mana ada bagi syarat kan .. So,diam lebih baik :)
Ayat dia buat aku sedar yang tak semua benda yang aku rasa betul akan betul .. Hmm
Nak tauu selanjutnya ? Hahah jap tunggu entry akan datang..hehe okay bye
Dan thankz Mel :')

No comments:

Post a Comment