Sunday 1 May 2016

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

Assalammualaikum..

     Hai ? okay takpe tak kenal takpe.. Actually aku nak bagitahu yang aku dah berjaya menamatkan zaman matrikulasi selama 10 bulan.. Alhamdulillah.. Serius aku cakap zaman matriks lah zaman persekolahan paling best yang aku pernah rasa setakat ni dan harap mcmtu lah bila kat universiti nanti.. First thing yang aku nak share pasal masa..Perghh masa tu weyhh kalau kau tgk kt matriks rasa kejap sgt.. rasa mcm sehari tu berlalu ibarat satu saat..cehh tipu kau mira..haha taklah mungkin sbb matriks ni fast track..orang belajar satu chapter seminggu, kau belajar satu chapter sehari je..haha tu satu subjek, kalau 4 subjek ? haa habislah kau.. HAHAHA

Cuma tak payah risau..Actually kau rasa banyak sgt masa bila kau dah siap kerja tutorial on time, pre lab report dh siap awal2, lepastu dh siap ulangkaji awal2 sebelum gy riadah ke,meeting ke,main hp ke.. Tapi aku tak buat semua..haha kongsi tips je jangan jd macam aku..Aku bukan sempurna mana tapi dah pernah lalui so mampu share stories aje aje..   Kalau aku masa matriks dulu aku dapat modul 3..haa kat matriks ada 4 course je yg kau boleh pilih.. Pertama,Modul Satu (MS) ni yang amik subjek sains killer haha subjek biologi,kimia,fizik dan mathematics (sbnarnya addmaths) haha..Kedua,Modul Dua (MD) ni yang amik kimia,maths,fizik dan sains komputer then Modul Tiga (MT) ni pulak yang amik bio,kimia,maths dan sains comp. Dan yang last sekali Akaun.. ni subjek nya yang aku tahu lh sikit2 mcm ekonomi,bisness,akaun dan maths.. So,korang boleh choose mana yang kau rasa boleh bawak.. Haa nak citer ni mula2 aku masuk matriks aku dapat modul 3.. time tu rasa hmm kecewa ha sbb aku nk amik modul 1 nk balas dendam ah kenapa aku tk blh buat yg terbaik masa spm dulu tp dpt modul 3.So,first day orientasi aku punya muka lah yang paling hambar dan teruk sekali ah haha ye ah dah aku tak suka.. aku buat ah muka.. hehe then mentor aku Puan Azlina ( seorang yang tersangatlah kelakar dan peramah ) panggil aku berdiri dan kenalkan diri..Aku still ingat lagi ayat first yang aku cakap, "ASSALAMMUALAIKUM, NAMA SAYA AMIRASUJALI" haa lepastu aku terus menangis sehh..haha buat malu je enn .. sbb aku tgh homesick time tu..haha tk blh nk berpisah langsung dgn family aku then semua org ketawakan aku..Sejak tu lah semua orang kenal aku dn mentor aku pun selalu sebut2 nama aku..haha sampaikan jd penolong kelas pun,nama aku jugak yang naik.. Masa kat kelas tu sepanjang dua minggu tak silap, serius ah kawan2 kat kelas tu semuanya sporting sgt2, apa2 lawak yg aku buat diorg ketwa je then byk guide aku, peramah. Eh lupa pulak enn nk kenalkan, kelas ni namanya MT 12 ^_^ 


  Tapi langit tak selalunya cerah,permohonan aku nak ke modul satu telah pun diterima..acecece haha time nk keluar tu rasa sebak sgt lah sebab kelas tu dah terlalu perfect utk aku,nk belajar pun semangat en ada kwn2 yg byk membantu.. tapi aku pergi juga nk buat mcmne.. Lepas je keluar dari kelas tu, dua minggu straight aku menangis dalam bilik , sbb rasa menyesal teramat keluar drpd kelastu   sampaikan aku rasa dh putus asa sebab masa masuk kelas baru iaitu MS 8 , takut sehh tgk diorg haha tak tegur langsung. Dalam otak aku selalu fikir yg aku ni mmg tak layak nk kwn dgn org2 yg pandai gilerr ni tgk muka pun dh tahu bdk2 straights A semua, and the cikgu2 kat kelas tu semua mcm tk menarik minat aku nk belajar haha sbb tu selalu tertidur hehe..Tapi dah lama duduk kelas tu,semua cikgu2 yg ajar aku tersangatlah best dan sangat membantu.. I Love You,Teachers~~ hehe

 Tapi lama kelamaan satu demi satu aku dapat berkenalan dengan kawan2 dalam kelas MS 8 tu dn makin lama diorg pun kenal lah perangai lama sejak peristiwa kelas maths..Time tu cikgu maths, Miss Hidayah ( skrg dh madam hehe ) tgh mengajar, tak tahu aku ni secara spontan aku keluarkan bunyi loceng ting ting ting.. masa tu pulak aku duduk tengah baris kedua then semua org tgk aku seh.. Kelas masatu sepi dn semu tgh tgk aku..Then tetiba diorg ketawa..haa sejak tu lh diorg tahu yg perangai aku ni mmg blur2 dn pelik.. pastu makin hari makin rapat dan aku takde dah rasa kecewa sedih semua tu..
Kenangan hari2 terakhir kat matriks KMJ ~~~


Secondly aku nak cakap pasal kawan-kawan.. haaaa aku ni jenis orang yg at first mmg kau takkan cam lah aku ni perangai camne, nk tegur org pun fikir byk kali siap buat research lagi nk tegur org mcmne haha kalau kau dh kenal aku haha habislah hidup kau.. hehe
Kat matriks ni, kawan2 ramai je yg peramah tapi tak semua kawan yang ajak kau ke arah kebaikan..ermm maksud aku kawan yg ajak kau study lah sbb matriks ni setahun je.. Bukan mcm sekolah menengah kau nak melagha sana sini then blh study bila2.. Kat matriks ni,aku jumpa kawan yg sebenar-benarnya pun amik masa hampir 6 bln.. percaya atau tak ? aku je yg yg percaya..haha Aku kenal banyak kawan sejak aku tegur kawan aku yang sorang ni lah namanya Zulaikha.. haha kawan paling baik dan pandai yang aku pernah jumpa..Dia yg kenalkan aku kat kawan ni kawan tu so makin larger lah circle of my friends..haha and then satu benda yg aku rasa patut berkongsi dgn korang ermm masjid tak jauh mana.. Kalau turun solat berjemaah rasa lebih bermakna dan lebih tenang bila solat, mengaji semua kat situ.. Kalau tak boleh solat 5 waktu kat situ pun, maghrib dn isyak kat masjid pun dh cukup.. Bila korang sekali dua datang masjid utk solat berjemaah, lama kelamaan mesti nak datang lagi.. Dan di masjid lah aku jumpa dengan cinta hati aku..haaaa hahaha cinta hati ? jeng3 
aku jumpa dengan kawan2 yang sangat baik,sangat cantik dan sangat peramah..Lama kelamaan aku pun rapat dengan mereka ni dan akhirnya kami membentuk sebuah keluarga bahagia iaitu "Family Masjid" ^_^ Setiap kali mereka ada makanan je mesti kongsi sesama,ada masalah je mesti kongsi together.. haha layankan perangai aku yg sgt nakal ni tapi diorang tetap sabar.. haha dan family masjid aku ni ada 14 orang tauu dan aku merupakan anak yang ke-7 hehe..Dan masa last2 day tumasing2 bagi hadiah ada yang belanja ayam krispy, belanja makan moist chocolate cake,makan mee,bagi hadiah..haha sedihnya dah tak dapat sama2 lagi dengan family masjid aku ni.. Moga Allah sentiasa menjaga kalian dan jangan lupakan aku naa..huhu


My lovely family masjid~~



 Third, nak citer pasal roommate.. haaa roommate ni aku rasa menarik sikit ah sbb aku sendiri tak pernah mengalami pengalaman yang best mcmni..haha masa first day aku check in kat matriks kmj ni, aku ingatkan aku dh lambat dah dan dalam otak aku ni asyik terbayang bayang je wajah2 roommate aku dan yg aku always fikir roommate2 melayu lah..haha then bila dh daftar dn dpt kunci bantal semua pergilah ke bilik aku di BLOK F (Blok Al-Khawarizmi)  Tingkat 2 Bilik 28 ( F.T2.28)..Then masa masuk je bilik,eh takde sesiapa pun kat dalam bilik..ermm terkejut juga..dah susun brg semua papa mama tanya , "manalah kawan2 kau ni ? papa mama dh nak balik ni.." haha aku dh lah sorg2 kat dalam bilik so aku pun cakap lah kat papa mama tunggu jap..dan aku perasan jugak bilik depan aku,sebelah bilik aku dan depan bilik sebelah bilik aku semuanya duduk sorang..haaa hangpa jgn tak tau naa blok F ni blok paling hujung sekali dan yang terakhir..haha kelebihan blok ni sebelah je dah padang then dekat dengan bilik tutorial,bawah blok je ada bilik koko nak pinjam raket ke apa senang enn dan tandas dia pun serious bersih dan mcm baru ah compared to other blok..hahahah rasanya lah tp serius aku cakap bertuah ah jd warga blok F ni..huhu hari kedua masih takde roommate jadi aku pakat dgn jiran2 aku farah,dila dan fadhilah tidur sesama tapi gilir2 harini tidur kat bilik aku,lusa kat bilik dia mcmtu lah sampailah minggu kedua ada second intake..kali ni second intake agak ramai yelah peluang nk masuk matriks ni dtg sekali je..Tolak je habislah korang haha.. So, pada hari kemasukan pelajar second intake aku ada kelas.. Tak sabar punya pasal tengahari ada waktu break aku pun dtg bilik nak tgk siapa roommate aku enn..perghh sekali masuk aku tgk ada family chinese dan family indian dlm bilik aku.Mulanya aku ingat salah bilik sanggup keluar balik tgk nombor bilik depan aku sekali betul enn..So, aku pun rasa lain macam lah hmm dn susah hati pun ada jugak.. Dan malam pertama haha dengan roomate aku yang berbilang bangsa ni adalah yang paling hambar.. yelah memasing mcm tak pernah jumpa malah tak pernah pun tidur satu bilik dengan bangsa yg berbeza ni..So,aku start our coonversation dengan bismillah haha dan tegur diorang.. "Hello,nama saya amirasujali dn saya dari johor bahru,johor..Awak ? " Merujuk kepada chinese girl yg berhadapan katil dengan aku.. haha sambil lipat baju, "helo,nama saya Gan Zi Xuen..Panggil saja Gan..Saya dari Seremban Negeri Sembilan." .. haha serius ahh dia seorang yang sangat lemah lembut dan very polite tauu beza dengan kwn2 chinese aku yg dulu..haha dan sorang lagi menyahut " Nama i kavitha from Rawang,Selangor." Kavitha pulak seorang yang sangat kelakar dan suka buat kita ketawa tanpa sebab .. wahh semua dari tempat yg berbeza dan sejak tu aku mula mengenal sikap dn tingkah laku masing2 dan kawan2 aku pun rasa impress lah dpt roommate yg berlainan kaum ni hehe dan aku pun tak percaya..Bila tanya result spm,Pergghh yg Gan tu 10 A and Kavitha pulak 7 A .. Aku ni 5 A je huhu dn perasaan takut mula menyelubungi hidup aku.. Macam2 perasaan ada lemah semangat pun .. Dan soalan pertama yg aku tanya kat diorang adalah, macamne nak kira vector product..haha segala macam ilmu dn cara keluar dari otak diorg masa ajar aku.. Dengan kekuatan dan pertolongan dari Allah,bila muhasabah diri balik Syukur diberi kawan2 yg hebat dan pandai belaka. Sebab aku yg lemah ni boleh mintak tunjuk ajar mereka.. Dan roommate aku Gan & Kavitha lah yg paling byk dengar kisah sedih aku dn aku pun selalu juga dgr cerita mereka.. dan mereka juga lah yg tahu crush aku aku semua..huhu sedihnya dah tak dpt jumpa diorang lagi..
Hari terakhir sebelum gy exam kita selfie together~~



Berdiri kat tgh2 padang KMJ masa last day huhu ~~




Roommate saya Kavitha & Gan ~~

With Gan hehe~~


Okay lah sampai disini sahaja cerita aku masa kat matriks dulu..Cehh dulu enn haha nanti kalau aku rasa nak sambung update pasal cerita aku kt matriks ni aku update post baru yer..Salam perjuangan buat adik2 yang nak sambung belajar bulan jun nanti.. ^_^

KMJ BATCH 2015/2016 DALAM KENANGAN~~
My Lovely class, MS 8 ~~