Hai ? okay takpe tak kenal takpe.. Actually aku nak bagitahu yang aku dah berjaya menamatkan zaman matrikulasi selama 10 bulan.. Alhamdulillah.. Serius aku cakap zaman matriks lah zaman persekolahan paling best yang aku pernah rasa setakat ni dan harap mcmtu lah bila kat universiti nanti.. First thing yang aku nak share pasal masa..Perghh masa tu weyhh kalau kau tgk kt matriks rasa kejap sgt.. rasa mcm sehari tu berlalu ibarat satu saat..cehh tipu kau mira..haha taklah mungkin sbb matriks ni fast track..orang belajar satu chapter seminggu, kau belajar satu chapter sehari je..haha tu satu subjek, kalau 4 subjek ? haa habislah kau.. HAHAHA
Cuma tak payah risau..Actually kau rasa banyak sgt masa bila kau dah siap kerja tutorial on time, pre lab report dh siap awal2, lepastu dh siap ulangkaji awal2 sebelum gy riadah ke,meeting ke,main hp ke.. Tapi aku tak buat semua..haha kongsi tips je jangan jd macam aku..Aku bukan sempurna mana tapi dah pernah lalui so mampu share stories aje aje.. Kalau aku masa matriks dulu aku dapat modul 3..haa kat matriks ada 4 course je yg kau boleh pilih.. Pertama,Modul Satu (MS) ni yang amik subjek sains killer haha subjek biologi,kimia,fizik dan mathematics (sbnarnya addmaths) haha..Kedua,Modul Dua (MD) ni yang amik kimia,maths,fizik dan sains komputer then Modul Tiga (MT) ni pulak yang amik bio,kimia,maths dan sains comp. Dan yang last sekali Akaun.. ni subjek nya yang aku tahu lh sikit2 mcm ekonomi,bisness,akaun dan maths.. So,korang boleh choose mana yang kau rasa boleh bawak.. Haa nak citer ni mula2 aku masuk matriks aku dapat modul 3.. time tu rasa hmm kecewa ha sbb aku nk amik modul 1 nk balas dendam ah kenapa aku tk blh buat yg terbaik masa spm dulu tp dpt modul 3.So,first day orientasi aku punya muka lah yang paling hambar dan teruk sekali ah haha ye ah dah aku tak suka.. aku buat ah muka.. hehe then mentor aku Puan Azlina ( seorang yang tersangatlah kelakar dan peramah ) panggil aku berdiri dan kenalkan diri..Aku still ingat lagi ayat first yang aku cakap, "ASSALAMMUALAIKUM, NAMA SAYA AMIRASUJALI" haa lepastu aku terus menangis sehh..haha buat malu je enn .. sbb aku tgh homesick time tu..haha tk blh nk berpisah langsung dgn family aku then semua org ketawakan aku..Sejak tu lah semua orang kenal aku dn mentor aku pun selalu sebut2 nama aku..haha sampaikan jd penolong kelas pun,nama aku jugak yang naik.. Masa kat kelas tu sepanjang dua minggu tak silap, serius ah kawan2 kat kelas tu semuanya sporting sgt2, apa2 lawak yg aku buat diorg ketwa je then byk guide aku, peramah. Eh lupa pulak enn nk kenalkan, kelas ni namanya MT 12 ^_^
Tapi langit tak selalunya cerah,permohonan aku nak ke modul satu telah pun diterima..acecece haha time nk keluar tu rasa sebak sgt lah sebab kelas tu dah terlalu perfect utk aku,nk belajar pun semangat en ada kwn2 yg byk membantu.. tapi aku pergi juga nk buat mcmne.. Lepas je keluar dari kelas tu, dua minggu straight aku menangis dalam bilik , sbb rasa menyesal teramat keluar drpd kelastu sampaikan aku rasa dh putus asa sebab masa masuk kelas baru iaitu MS 8 , takut sehh tgk diorg haha tak tegur langsung. Dalam otak aku selalu fikir yg aku ni mmg tak layak nk kwn dgn org2 yg pandai gilerr ni tgk muka pun dh tahu bdk2 straights A semua, and the cikgu2 kat kelas tu semua mcm tk menarik minat aku nk belajar haha sbb tu selalu tertidur hehe..Tapi dah lama duduk kelas tu,semua cikgu2 yg ajar aku tersangatlah best dan sangat membantu.. I Love You,Teachers~~ hehe
Tapi lama kelamaan satu demi satu aku dapat berkenalan dengan kawan2 dalam kelas MS 8 tu dn makin lama diorg pun kenal lah perangai lama sejak peristiwa kelas maths..Time tu cikgu maths, Miss Hidayah ( skrg dh madam hehe ) tgh mengajar, tak tahu aku ni secara spontan aku keluarkan bunyi loceng ting ting ting.. masa tu pulak aku duduk tengah baris kedua then semua org tgk aku seh.. Kelas masatu sepi dn semu tgh tgk aku..Then tetiba diorg ketawa..haa sejak tu lh diorg tahu yg perangai aku ni mmg blur2 dn pelik.. pastu makin hari makin rapat dan aku takde dah rasa kecewa sedih semua tu..
Kenangan hari2 terakhir kat matriks KMJ ~~~
Secondly aku nak cakap pasal kawan-kawan.. haaaa aku ni jenis orang yg at first mmg kau takkan cam lah aku ni perangai camne, nk tegur org pun fikir byk kali siap buat research lagi nk tegur org mcmne haha kalau kau dh kenal aku haha habislah hidup kau.. hehe
Kat matriks ni, kawan2 ramai je yg peramah tapi tak semua kawan yang ajak kau ke arah kebaikan..ermm maksud aku kawan yg ajak kau study lah sbb matriks ni setahun je.. Bukan mcm sekolah menengah kau nak melagha sana sini then blh study bila2.. Kat matriks ni,aku jumpa kawan yg sebenar-benarnya pun amik masa hampir 6 bln.. percaya atau tak ? aku je yg yg percaya..haha Aku kenal banyak kawan sejak aku tegur kawan aku yang sorang ni lah namanya Zulaikha.. haha kawan paling baik dan pandai yang aku pernah jumpa..Dia yg kenalkan aku kat kawan ni kawan tu so makin larger lah circle of my friends..haha and then satu benda yg aku rasa patut berkongsi dgn korang ermm masjid tak jauh mana.. Kalau turun solat berjemaah rasa lebih bermakna dan lebih tenang bila solat, mengaji semua kat situ.. Kalau tak boleh solat 5 waktu kat situ pun, maghrib dn isyak kat masjid pun dh cukup.. Bila korang sekali dua datang masjid utk solat berjemaah, lama kelamaan mesti nak datang lagi.. Dan di masjid lah aku jumpa dengan cinta hati aku..haaaa hahaha cinta hati ? jeng3 aku jumpa dengan kawan2 yang sangat baik,sangat cantik dan sangat peramah..Lama kelamaan aku pun rapat dengan mereka ni dan akhirnya kami membentuk sebuah keluarga bahagia iaitu "Family Masjid" ^_^ Setiap kali mereka ada makanan je mesti kongsi sesama,ada masalah je mesti kongsi together.. haha layankan perangai aku yg sgt nakal ni tapi diorang tetap sabar.. haha dan family masjid aku ni ada 14 orang tauu dan aku merupakan anak yang ke-7 hehe..Dan masa last2 day tumasing2 bagi hadiah ada yang belanja ayam krispy, belanja makan moist chocolate cake,makan mee,bagi hadiah..haha sedihnya dah tak dapat sama2 lagi dengan family masjid aku ni.. Moga Allah sentiasa menjaga kalian dan jangan lupakan aku naa..huhu
My lovely family masjid~~
Hari terakhir sebelum gy exam kita selfie together~~
Berdiri kat tgh2 padang KMJ masa last day huhu ~~
Roommate saya Kavitha & Gan ~~
With Gan hehe~~
Okay lah sampai disini sahaja cerita aku masa kat matriks dulu..Cehh dulu enn haha nanti kalau aku rasa nak sambung update pasal cerita aku kt matriks ni aku update post baru yer..Salam perjuangan buat adik2 yang nak sambung belajar bulan jun nanti.. ^_^
KMJ BATCH 2015/2016 DALAM KENANGAN~~
My Lovely class, MS 8 ~~
The most enduring symbol of the Norse - titanium arts
ReplyDelete› jancasino.com tj-metal-arts › poormansguidetocasinogambling.com tj-metal-arts The most enduring symbol of the Norse - titanium arts · The most enduring symbol of the Norse ford escape titanium - titanium arts herzamanindir.com/ · The most enduring symbol of the Norse - https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ titanium arts.