Friday 11 March 2016

Umpama Mimpi

Assalammualaikum dan hai ? ^^
Okay entry kali ni bagaikan mimpi..haha aku nak share something yang seriously buat semangat aku kembali membara dan membakar dan mengeluarkan asap dan .... Ahhh okay actually lepas je aku dan mel keluar daripada gelanggang squash.. kami duduk bersebelahan tetapi tidak lah terlalu rapat. barangkali mungkin aku yang terlalu segan utk duduk rapat dengan orang yang hmm hebat ni.. First soalan yang keluar apabila mel bertanya,
"awak,tak nak main dengan diorang ke ?
Pergilah main dengan mereka mana tahu mereka ajar awak dan diorang pun masuk pertandingan squash. so awak boleh biasakan diri nanti bila main masa game nanti.. takdelah awak nanti takut sangat.
"

Aku menjawab,
"hmm bukan saya tak nak tapi serius saya sangat takut apabila bermain dengan mereka yelah saya budak baru belajar.. mana pandai
"

"
Awak, jangan takut.. dalam hidup,kita kena hadap apa2 pun cabaran yang ada di hadapan kita.
Allah tahu kita boleh. awak janganlah takut.
Gy main dengan diorang.
"

Aku tak berganjak malahan aku memandang dia dengan penuh harapan agar dia memahami situasi aku yang sedang menggigil ketakutan ni.. haha

"mel,saya sebenarnya takut sangat bila berhadapan dengan org2 yg hebat ni

"

"
Awak,tak boleh macam ni.
Awak kena kuat.
Saya pun masih takut setiap kali nak berhadapan dengan pihak lawan.
Samalah juga bila kita ni dah bertahun-tahun jawab exam tapi still takut..
Nak tak nak,mestilah hadap juga dengan cabaran ni..
Allah knows the best
"

Then dia cakap lagi,
"awak jangan anggap saya ni hebat sangat.
Saya ni takde apa2 pun.. awak tanyalah syafiq tu..dia baik,kuat agama..haaa cuba tanya macamne dia blh 4 flat.
"
then dia senyum kat aku. hmm,
"
Mel,awak ni selalu tidur pukul berapa
? dan bangun pukul berapa
?
"
hahaha ,
"saya pukul 12 malam mesti tidur dan kalau bangun..haha roomate saya sahaja yg tahum saya bukan jenis yang study pagi..
Saya dah cuba tapi kebanyakan nya saya tidur atad meja..haaa baik saya tidur terus atas katil
"
ketawa kecil..
Kata-kata yang dilontarkan nya membuatkan aku rasa ada kebenarannya juga..

Lain orang lain caranya kan.
Aku terus berterus terang dengan mel sambil memerhatikan gerak geri dua orang pelajar perempuan yang sedang bermain squash.

"
Mel,saya sebenarnya dah give up tau. sebabtu saya habiskan masa saya 6 jam sehari main squash.
Sebab apa
? sebab saya tak dapat peluang nak amik kos kedoktoran gara-gara subjek kimia saya dapat
C waktu spm dulu..
"

Mel menggelabah.
"
Awak, jangan lah macamtu..
Rezeki ada dimana-mana awak.
Allah tahu yang terbaik untuk awak.
Mana lah tahu kalau awak amik kos doktor tu,awak tak mampu nak bawak.. dan hmm awak nak amik course apa nanti kat u
?
"
aku jujur dengan menjawab ingin mengambil kos dietatik di
Universiti
Kebangsaan
Malaysia.

Riak wajahnya berubah.
"awak, baguslah tu dietatik.
Awak masih boleh jadi pakar dietatik..haa sambung master,phd.. awak, beruntunglah awak dapat mohon kos apa2 yg awak nak kecuali apa yg awak harapkan.
Sebab kawan2 saya,diorang yang pointer below 3.00 tak tahu nak jd apa,nak sambung degree kat mana walaupun result spm mereka gempak
Kesimpulanya awak, apa pun yang kita dapat, kita mesti
Work harf on it.
You not know about the future.
So,from now you mest work hard and get what you want.
"Mel,terima kasih :') ".
"hahaha,okay awak.jangan give up tauu.. dan tolonglah jangan compare diri awak dengan orang lain.okay good luck and all the best ;)


Alhamdulillah kata-kata semangat yang mel bagi tu betul-betul buat aku rasa sebak dan tersedar daripada fikiran fikiran negatif yang tak masuk akal yang selama ni aku fikirkan. Korang nak tahu tak apa jadi lepastu ? haaaa tapi hmm sedih sikit ending nya.. Tarikh 9 mac 2016 tarikh aku balik bermalam.Seriously aku balik bermalam sebab nak amik hp baru sbb hp lama aku dh rosak dan nak uruskan permohonan universiti adik aku. Dan bila aku dah balik iaitu hari ni 10 mac 2016, dia cakap pertandingan dah start sejak pagi tadi..Alahai broken heart nya..serius lah rasa nak menangis kuat2.. aku berlatih 6 jam sehari kott homework semua aku tinggalkan .. dan bila aku citer kat Mel, dia cakap sabarlah kat uni nanti boleh main lagi..hmm dan aku minta maaf sgt2 kat dia sbb aku minta dia ajar squash semata-mara nak masuk pertandingan squash tu .Dia cakap takde apa.. Allah tahu yang terbaik untuk aku.memanglah mulanya aku tak faham,bila dah lama2 muhasabah diri balik, hmm aku tak cukup ready lagi tu.. tengoklah nanti..aku akan main squash lagi kat UNIVERSITI nanti..HAHAHA .. hishh mira ni..

okay sampai di sini sahaja kisah aku dan squash.. haha moga nanti aku akan buka kembali kisah ini di universiti nanti insyaAllah.. SALAM KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT buat semuaa...









A A
A a 


Friday 4 March 2016

Squash

Alhamdulillah.. Hari ni aku dapat berguru dengan idola aku.. Hmm i mean aku mcm salute ah kat dia sebab dia dahlah tokoh pelajar, sigma dlm permainan squash pulak tu.. Huishh hebat.. Haha
Mulanya aku memang tak kenal dia.. Yelah,aku ni manalah pandai macam dia.. Nak kawan dengan dia tu ibarat langit dengan bumi.. Haha cuma tu lah sejak aku masuk pertandingan Squash ni, hari hari berlatih dan minta tolong kat idola aku ni.. Namanya Amelinda.. Masa mula2 jumpa tu,serius lah seram sejuk dibuatnya tapi nak belajar main squash kena lah hadap jugak..
Okay,first thing yang dia mintak aku buat, berdiri depan dia dan dia dari belakang akan smash bola squash tu dan aku kena balas tapi pantulan tu mestilah kat tempat yg aku berada iaitu di sebelah kiri.. Pertama kali hingga entah ke berapa kali, serius bola tak pantul kat tpt aku.. Pantul ke sebelah kanan.. Perghh aku dh set dlm mind jgn lah bola ke kanan,tapi dia pergi jugak. Lepastu,mel jumpa aku.. "Awak,nak kemaskan pukulan bola tu bukan amik masa sehari atau seminggu. Amik masa yg lama dan latihan yang consistent."
Aku mengangguk dan berharap aku dapat menguasai teknik pukulan bola tu dengan kemas. Walhal, bermain squash pun belum pernah,berharap dapat bermain dengan baik.. Ish ish ish..
Latihan diteruskan dengan teknik "back hand".. Aku paling payah bab ni yelah dia cakap utk yg first learner macam aku ni. Dan dia cakap itulah yang paling susah org buat dan catch up. Sebab katanya tahap aku ni sama mcm yg lain.. Haha tapi akurasa akulah yg tahap paling rendah.. Yelah,aku baru main terus masuk pertandingan squash peringkat matrikulasi.. Hahaha dan cara dia ajar aku teknik "back hand" tu seolah-olah aku tiada di situ. Yelah,diajar beberapa kali pun tak boleh catch up. Aku berlatih dan teruskan berlatih. Sampaikan tangan aku bengkak..hmm bila dia tunjuk beberapa kali, serius nampak memang senang tapi bila buat.. Allah sahaja yang tahu.. Bola asyik tak naik ke atas je. Tapi yg dia ajar back hand,kaki kanan yang keluar dan raket dari belakang smooth pukul tepat ke dinding.. Okay amira, you not get it :'(

Then,datang lah dua org budak perempuan ni.. Mel kenal katanya.. Dia pun tegur dn bertanya kepada diorg sama ada nak main sekali ke sbb saya ada nak buat kerja sikit. Aku hanya diam, mungkin dia segan barangkali utk berkata yg dia sedang train aku. Haha takpe.. Lepastu,kami memandang sesama sendiri.. Sebenarnya ada dua gelanggang squash ni tapi lagi satu dh dibuat latihan dikir barat..pergh memekak je enn..hahaha yelah org lain nak main squash pun tak dpt.. Utk mengelakkan pergaduhan,mel kata kita tiada hak untuk menghalau dan menegur mereka semata-mata untuk kita buat latihan squash.. Kat cermin semua mana ada bagi syarat kan .. So,diam lebih baik :)
Ayat dia buat aku sedar yang tak semua benda yang aku rasa betul akan betul .. Hmm
Nak tauu selanjutnya ? Hahah jap tunggu entry akan datang..hehe okay bye
Dan thankz Mel :')