Thursday, 11 February 2016

Aku Redha ...

   Assalammualaikum..knock knock knock.. Hehe okay jam menunjukkan pukul 1.56 am hari jumaat..

   Baru selesai isi upu untuk diri sendiri dan adik kesayangan aku,idham.. Penat dan letih err maksud yang sama sebenarnya.. Sebab pilihan ada 12, tapi nak yang kita harapkan hmm rasanya kurang yakin.. Fikir punya fikir akhirnya aku redha dengan pilihan pertama meletakkan course perubatan di Unimas sebagai pilihan pertama.. Walaupun aku ada peluang keemasan jika aku meletakkan course optometri di UKM sbg pilihan pertama,terus akan di temuduga.. Hmm

   Impian dan cita-cita aku memang nak menjadi seorang doktor dan semoga dengan harapan ni,aku berharap dapat membantu orang lain yang berada dalam kesakitan sembuh semula dan boleh hidup gembira serta beribadat kepada Allah dengan sempurna.. Amin.. doakan lah aku...haha insyaAllah .. Tetapi jika Allah takdirkan aku untuk dapat course yang aku tak minat, moga moga dengan course tu,aku still dapat berkhidmat dan berbakti kepada agama,bangsa dan negara.. InsyaAllah ..

Okay,cuma peperangan belum tamat ni.. Fuhhh,ada exam final ni.. Hmm semester 2 ni mencabar sikit.. Dengan subjek bi nya,kemahiran dinamika nya,silibus baru dalam setiap subjek yg aku amik iaitu biology,kimia,fizik dan maths... Cabaran ni.. Kalau takde cabaran, hidup tak terasa best en..haha aku tahu.. Aku ada pendorong yg sentiasa menolak aku ke hadapan supaya tidak jatuh duduk di bawah tempurung katak haha iaitu family aku.. Papa mama aku yang selalu hantar voice note whatsapp ingatkan itu ini,solat,baca al quran,tenangkan diri,selalu sukan.. Alhamdulillah takdelah aku homesick menangis je..kakak2,abang dn adik2 yg selalu menyakat tapi tak lupa memberi kata2 pendorong supaya tidak mudah mengalah.. Alhamdulillah..

   Perkara pertama yang aku selalu kena pesan kat diri sendiri ni adalah selalu letak kebergantungan kepada Allah dan bukan pada manusia.. Rezeki yang kita tak jangka , yang kita dapat, yang kita minta bukannya manusia yang bagi..Allah yang bagi..Nak menangis melalak tak dapat itu ni bkn nya boleh dapat apa yang kita nak.. Ye dokk ? Haaaa jadi kena selalu ingatlah.. Ingat dan JANGAN LUPA DIRI.. Ishh amar kenapa capital letter..haaa sbb aku takut lupa diri..huhu

Sekian salam study and strive harder buat kawan2 yang berdepan dgn final exam ni.. InsyaAllah WE CAN DO IT !!! FIGHTING !!!

Semangat itu perlu yeee..haha okay cau dulu.. Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment